Kerja

keje...keje...keje.... hari ni hari pertama diha bekerja...seronok rasenye...diha bukan nk gaji yg besar...cume nk carik PENGALAMAN dlm hidup ni...selama ni tak dapat nk mencari keje atas usaha sendiri....diha nk rase mcm mane susahnye nk carik duit 2....ape pun.doakan diha selamat dlm menempuhi alam pekerjaan ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu2 Diha..

Bismillah...Ape2 pun diha bersyukur pada tuhan yg telah memberikan nyawa yg 1 ini pada diha dan diha masih hidup lagi sekarang ni..

Menjadi seorang yg 'universal'....hehe...ape2 lagu pun Diha dengar...janji sedap telinga ni dengar hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari yg Tenang lagi Menyenangkan

Hari ni...agak lambat Diha bangun tido..mungkin sebab online lame sgt semalam..Pukul 8 diha bangun dan terus mandi.. nak kejut Roy tak sampai ati plak rasenye... Diha biarkan die tido sekejap lagi..Hari ni diha akan buat last step untuk Diha habis belajar..Diha akan hantar report untuk final project.. Diha nk dapat approval dari Miss Advisor and then from KP.. Diha masih merasa tenang.

Pukul 9.43 pagi Diha mulakan langkah ke CC zamrud.. nk g binding.. Dalam kesibukan dlm cc yg sebenarnye takde orang 2..Diha kehilangan matrix card..Cari semua tempat tapi tak jumpe..Aishh..Mane ye..Diha tinggalkan no hp ngan name kt akak yg jage CC tu... Diha masih merasa tenang.

Miss Advisor bagi mesej kt Diha.."Sori ye..sy lambat sikit..Kul 11 Bleh..?" ....Diha balas,"Ok.."..Diha terus pegi bilik teman baek..Roy..,"Kamu..kad matrik kite hilang.."...tapi.. Diha masih merasa tenang.

Pukul 11 pagi..Diha pegi bilik Miss Advisor...lepas dapat approval..Diha hantar report ke bilik KP..Kami berdiskusi sebentar mengenai hala tuju Diha lepas ni.. KP berkongsi pendapatnya... Diha dapat motivasi yg akan Diha pikirkan selepas ini..10minit kemudian.. Diha keluar dr bilik KP dengan hati yg senang...Ini semua disebabkan pada masa ni...Diha masih merasa tenang.


Diha masih merasa tenang..itulah perkara yg menyebabkan Diha lalui hari ini dengan hati yg senang..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik Ira..Mak..dan Adi Shafiy

Hari ini dalam sejarah....

Adik ira online...dia suruh diha online gak...dengan hati yg gumbira, maka diha pun on laptop abg an yg sekian lame menjadi bahan eksperimen diha...hehe..."adik nak tengok mak".."rindu" katanya kepada diha.ceh...padahal lagi 2 minggu dia nak abeh exam...sabo jea dik woiiii...tapi bagi tidak mengecilkan hati manusia yg da membesar tu, diha turutkan jua...namun...entah mane silapnya..we're not connected...hmmmm...mahu tak mahu..hati yg kecik tu t'pakse menjadi kecik jugak...naseb baek mak boleh nampak adik...terubat jugak rase rindu wanita berumur itu yg menjadi kesayangan kami hingga akhir hayat...

Di tengah2 keBZian membalas mesej adik...dtg Adi Shafiy dan dia berkata,"Mak Iha, Adi nk susu", lalu Diha menjawab,"Jap ye Adi..Mak Iha wat susu..Adi lapar tak?"....Manusia kecil ini yg belum mengerti erti kehidupan senyum dan ketawa kepadaku..."Nak susu...nak susu..."....Maka terhentilah bicara hati ini sebentar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebutlah...

Bismillah...
Kalimah pembuka yg perlu ade dlm setiap perbuatan kita...

Alhamdulillah...
Kalimah syukur di atas nikmat yg telah ALLAH beri kpd kita semua..

Subhanallah...
Lihatlah kebesaran ALLAH yg maha agung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untuk Chentaku Si Kodok Kuning

Cinta ini sudah menelan waktuku...
Siang malam hanya untuk fikirkan engkau...
Sejuta kali aku berani bersumpah..
Diriku tanpamu apa ertinya cinta..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Derita merindu

1 petang itu...aku mulakan langkah bersama teman baek yg seringkali menjadi teman di masa-masa kesunyian...dalam kereta berplat no WJR 4793...kami bergerak keluar makan...pd waktu itu...kedengaran suara penyanyi di corong radio...ku amati kata2 yg penuh makna itu..Derita Merindu nyanyian Ahli Fiqir..kata-kata di bawah ini menjadi santapan harian aku di kala sunyi menyapa..untuk tatapan kalian bersama..


Kau katakan cinta gunakan akal

Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah... .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS